Sekarang orang mula memperkatakan yang ini adalah zaman orangi muda bangkit. Dahulu orang muda hanya dilihat bersantai dan mengisi masa-masa terluang mereka di shopping-shoping complex. Akan tetapi, sekarang orang muda mula kelihatan di pentas-pentas pidato politik, di barisan hadapan demonstrasi-demonstrasi dan lain-lain lagi. Generasi ini lah yang dikatakan sebagai generasi yang akan menjadi ejen perubahan kepada landskap politik negara kita.
Akan tetapi, adakah ini adalah suatu kesedaran orang muda zaman sekarang yang dilihat seperti mulai mengambil berat hal ehwal plitik negara ataupun hanyalah suatu trend yang boleh bertukar-tukar seperti trend berpakaiaan. Ini adalah suatu persoalan yang amat besar yang harus dilontarkan kepada generasi muda zaman sekarang.
Persoalannya adakah orang muda yang diperkatakan ini mewakili majoriti orang muda di negara kita ataupun sebahagiannya sahaja. Dalam erti kata lain, hanya terdapat sebahagian orang muda yang sedar dan sebahagian yang lainnya masih lagi dibuai dengan keseronokan dan hiburan dunia. Hal inilah yang menjadi satu tanda tanya yang besar kepada orang muda sekarang.
Sejak akhir-akhir ini kesedaran politik dikalangan orang muda mulai timbul dan menjadi suatu beban kepada pemerintah. Sejak tergubalnya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pada 1971 dan pindaan 1975 iaitu menghalang penglibatan orang muda di universiti dalam bidang politik, daya saing dan kesedaran politik orang muda yang belajar di universiti di negara ini mulai merudum. Orang muda di universiti sebelum AUKU digubal digelar sebagai “Lidah Rakyat” iaitu sebagai suatu medium penyampai maklumat mengenai rakyat yang telah kerajaaan “terlepas pandang”, sebagai contoh demonstrasi Baling 1974 iaitu demonstrasi mengenai kemiskinan rakyat Baling pada ketika itu. Akan tetapi, pada masa sekarang orang muda di universiti sudah lesu dan layu.
Perlaksanaan AUKU ini adalah untuk menyekat kemaraan dan kebangkitan orang muda di universiti dan ianya dikhuatiri akan mempengaruhi kebangkitan orang muda di luar universiti. Pemerintah melakukan hal yang sedemikian adalah untuk menjaga kelangsungan hidup kerajaan mereka yang mungkin akan dilihat sebagai tidak menjalankan tugas terhadap rakyat jika orang muda bangun untuk menjadi “Lidah Rakyat”. Dimanakah pihak kerajaan hendak meletakkan muka mereka sekiranya orang muda yang dianggap mentah cuba menegur dan mengajar mereka cara memerintah?. Sekiranya AUKU tidak dilakukan mereka akan hilang populariti dan mungkin akan hilang kuasa.
Jika dilihat daripada pandangan Tun Mahathir, perlaksanaan AUKU adalah tidak lebih untuk mengelakkan daripada orang muda di universiti menghabiskan masa mereka daripada berpolitik dikampus berbanding belajar dan menmanfaatkan wang biasiswa. Menurut Tun lagi, AUKU ini digubal untuk menjadikan orang muda ini fokus kepada pelajaran dan tidak menceburkan diri kedalam arena politik yang akan menjadikan mereka lalai dan lari dari tujuan sebenar mereka di universiti iaitu belajar. Adakah betul persepsi sebegitu?
Akan tetapi, kebanyakkan orang ramai dengan naïf, mempercayai persepsi sebegitu dan inilah yang amat diharapkan oleh sesentengah orang di atas.
Akan tetapi adakah benar sekiranya orang muda di universiti mulai mengambil berat mengenai hal ehwal politik, maka mereka akan melupakan pelajaran mereka?. Adakah dengan orang muda mulai memikirkan masalah rakyat, mereka akan mulai lalai dalam pelajaran mereka?. Adakah dengan orang muda mulai memikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik, ia akan dianggap sebagai membazirkan wang biasiswa dan rakyat?.
Nampak gayanya masih banyak lagi persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya kepada masyarakat sekarang.
Diharapkan apa yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa zaman ini ialah zaman orang muda bangkit adalah suatu yang benar-benar berlaku dan bukanlah suatu trend zaman sekarang. Selain itu, diharapkan kebangkitan ini bukanlah suatu ikut-ikutan dan hendaklah ianya datang daripada kesedaran orang muda yang mahu melihat perubahan di dalam negara ini. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment